Assalamualaikum,
Salam sejahtera dan salam kasih sayang daripada
ana. Lama benar tak jumpa ye. Semoga rahmat dan kasih sayang Allah terus
melimpahi kita menjadikan kita hamba yang bersyukur.
Kali ini FAJAR mengutarakan teknologi informasi
(TI) sebagai topik utama. Bagi analah, TI amat penting dalam kehidupan
kita. Banyak manfaat yang kita boleh kita dapati daripadanya. Tambahan
pula dengan wujudnya Koridor Raya Multimedia (MSC), rasanya negara kita
terkedepan sangat dalam bidang teknologi maklumat ni. Rugilah mereka yang
tak ambil kesempatan dalam kemajuan negara ini (..maju dalam miskin....).
Sedang agama kita menggalakkan umatnya mencapai
kemajuan, kita tak boleh berlengah lagi untuk mengusai teknologi maklumat.
Zaman sekarang ni, orang yang banyak maklumat dihormati, orang yang kurang
maklumat pula dikeji. Betul tak?
Kalau nak bagi orang respek kat kita, kenalah
tambah maklumat. Tapi, sebenarnya apa yang penting kita dapat memenuhi
tuntutan agama kita terhadap mencari ilmu. Agama kita sangat menitik berat
soal ilmu terutama ilmu agama. Dalam internet pula ada macam-macam ilmu,
agama ada, sains ada, berita ada, dan banyak lagi termasuklah yang di tak
di benarkan agama. Pandai-pandailah pilih. Ambillah yang baik. Jadilah
orang yang berilmu dan beramal.
Akhir kata, kita sama-samalah berusaha untuk mengusai
teknologi maklumat agar teknologi ini tidak dipergunakan sewenang-wenangnya
oleh musuh kita untuk menghancurkan kita. Kuasailah internet, komputer
dan media-media lain!! Bye!
Salam kasih sayang dan selamat
belajar Internet!!!
|