Umat Islam di Malaysia menyambut Ramadhan 1418 H dengan diiringi suasana
kegawatan
ekonomi. Kemeriahan umat Islam beribadah dipecahkan oleh peristiwa
gadis Nor Aishah
Bukhari yang dikatakan telah murtad. Sekali lagi umat Islam di
Malaysia dicabar setelah
beberapa kali mereka sekadar ‘berputih mata ' melihat seorang
demi seorang umat Islam
dimurtadkan. Semuanya tidak dapat disekat lantaran
undang-undang negara yang tidak Islamik.
Peristiwa ini mendedahkan bahawa umat Islam di negara ini belum
terjamin keselamatan
aqidahnya, malah ibu bapa yang mempunyai anak-anak (terutamanya
perempuan) akan terdedah
kepada gejala tersebut kerana Bukhari (bapa Nor Aishah) mendedahkan
bahawa ada komplot
yang cuba mengkristiankan anaknya. Kejayaan komplot itu
adalah hasil tidak ada undang-
undang dalam negara ini yang mampu menyekat umat Islam
daripada murtad.
Perkara ini menimbulkan pertanyaan orang ramai, kenapa
komplot itu cukup berani untuk
mengkristiankan Aishah dalam sebuah negara yang agama rasminya ialah
Islam? Mengapa
tindakan komplot itu berani dan nekad tanpa menghiraukan
sentimen umat Islam di negara ini?
Sudah tentu, keberanian itu lahir bersandarkan kepada kejayaan
mereka selama ini.
Tidak berapa lama dahulu, kita rakyat Malaysia telah
didedahkan bahawa lebih 5000
orang umat Islam telah murtad. Nor Aishah sendiri telah menceritakan
kepada bapanya bahawa
ketika beliau dibawa ke gereja di Seremban, beliau bertemu
dengan ramai gadis Melayu dan ada
di kalangan mereka yang telah berkahwin, memiliki anak,
dan hidup bahagia di samping suami
kristian mereka.
Murtad sebagai ancaman kepada negara.
Hakikatnya, gejala murtad di Malaysia perlu dianggap sebagai
satu ancaman kepada negara
yang majoriti rakyatnya beragama Islam. Ketua Polis Negara,
Tan Sri Abdul Rahim Noor
memberi amaran kepada keluarga Joseph Arnold Lee tentang kemungkinan
yang berlaku
sekiranya isu Nor Aishah Bukhari ini tidak dapat diselesaikan dengan
segera. Beliau mengakui
bahawa kes murtad ini boleh membakar sentimen umat Islam dan
rakyat negara ini. Pada
pandangan PDRM, sungguhpun menurut perlembagaan Malaysia,
Nor Aishah berhak memilih
agama yang ingin dianuti, tetapi dia harus sedar bahawa perbuatannya
itu memberi kesan kepada
masyarakat.
Yang lebih menarik, KPN turut mengingatkan tentang peristiwa
Natrah yang menyebabkan
rusuhan di Singapura pada awal 1980an. Dalam erti kata
lain, Tan Sri Rahim mengingatkan
keluarga Joseph Arnold Lee supaya isu Nor Aishah ini tidak
menjadi seperti isu Natrah di
Singapura yang menyebabkan berlakunya pertumpahan darah di pulau
itu.
Ingatlah bahawa dalam isu Natrah dahulu, pegawai
polis yang diarahkan untuk
menyelesaikan masalah rusuhan atau demonstrasi isu Natrah telah melepaskan
pakaian
seragamnya dan turut bersama rakyat menuntut penyelesaian isu
Natrah yang telah dikristiankan
setelah sekian lama menganut agama Islam. Tidak mustahil peristiwa
ini 'berbuah' sekali lagi
kerana bapa saudara Nor Aishah merupakan Ketua Polis Balai Dang
Wangi, Kuala Lumpur.
Mungkin perkara ini boleh berlaku seandainya tidak
ditangani sebaiknya.
Murtad : Apa penyelesaiannya ?
Abu Hasan Ali An Nadawi dalam bukunya ' Murtad,
Mengapa Tiada Abu Bakar
Memeranginya' telah menyorot kembali kisah saidina Abu Bakar menghadapi
gejala murtad di
zamannya. Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w,
maka muncullah beberapa golongan yang murtad iaitu :
1. Murtad kerana engkar zakat : Golongan ini meyakini zakat hanya wajib
pada masa
Rasulullah s.a.w. dan ia bukan lagi satu kewajipan selepas
kewafatan baginda.
2. Murtad kerana mengisytiharkan diri keluar Islam lantaran kecewa
dengan kewafatan
Rasulullah s.a.w.
3. Murtad kerana mengaku menjadi nabi seperti Musailamah al-Kazzab,
Arwad al-Ansi,
Thullaihah dan sebagainya.
Apabila Abu Bakar membentuk 12 gerombolan tentera,timbul rasa
tidak puas hati
dikalangan segelintir sahabat. Saidina Umar umpamanya kurang bersetuju
terutama dalam
memerangi golonganm yang ingkar zakat. Pendapat ini disokong oleh Kibar
as-Suhabat. Di kala
itu Saidina Abu Bakar mengeluarkan ucapan yang terkenal, maksudnya
:
"Sekiranya aku ketahui diseberang sana ada seorang Islam yang
murtad, nescaya aku
akan kerahkan tentera Islam memeranginya.”
Demikianlah ketegasan Saidina Abu Bakar terhadap orang-orang
murtad.Dan inilah yang
sepatutnya dicontohi oleh pemimpin hari ini, iaitu perkara pertama
yang dilakukan oleh Abu
Bakar setelah diangkat menjadi khalifah ialah memerangi orang murtad.
Itulah juga tugas utama
kerajaan hari ini iaitu menjaga aqidah umat islam. Semua perkara yang
boleh merosakkan aqidah
umat islam perlu diperangi dan dibenterasi.
Inilah (perkara dharuri) yang perlu dijaga oleh kerajaan yang
utamanya ialah agama. Begitu
juga dengan tujuan utama syariah yang utamanya untuk menjaga agama.
Jumhur ulama
meletakklan bahawa kerajaan hukum bunuh ke atas orang yang murtad kepada
hadis nabi s.a.w
barang siapa yang murtad atau menukarkan agamanya maka
bunuhlah ia. Walaupun ada ulama’
yang berpendapat diberi peluang untuk bertaubat, ada juga yang berpendapat
perlu dipenjara.
Pemerintah yang bertanggungjawab untuk mewujudkan akta murtad
supaya umat islam
terpelihara. Persoalanan masyarakat majmuk tidak perlu di jadikan
penghalang kerana :
i -Dalam takbir raya yang kita laungkan kita telah berbaiah dengan
Allah bahawa persoalan yang
berkaitan dengan Islam akan tetap dilakukan walaupun ditentang oleh
orang kafir. Ke mana
perginya penghayatan takbir ini? Jelas sekali bahawa takbir ini untuk
dilaungkan semata-mata,
tetapi untuk dihayati maksud dan maknanya.
ii - sekiranya dalam melaksanakan islam ini, kita menunggu orang
kafir setuju, sampai kiamat
pun tidak ada orang kafir yang akan bersetuju.
iii -perlu difahami bahawa di dalam penggubalan undang-undang yang
boleh menyekat orang
islam daripada murtad, ia tidak melibatkan langsung surival non-islam.
Oleh itu tidak ada
justifikasi yang membolehkan orang-orang kafir menghalang usaha tersebut.
Lebih memalukan, seandainya kita mengkaji sejarah perkembangan
dunia tidak pernah ada
satu golongan yang minoriti yang boleh menyekat golongan mijoriti dalam
mengkanunkan
satu-satu undang-undang untuk kepentingan bangsa tersebut.
Nyatalah bagi kita, bahawa kerajaan semestinya memulakan usaha
mengadakan akta
murtad dan menerapkan kefahaman Islam yang mendalam di kalangan rakyat.
Sebagai seorang
muslim, kita juga tidak seharusnya sentiasa menyalahkan orang lain
dengan apa yang berlaku.
Tetapi kita harus menyuburkan rasa tanggungjawab dalam diri untuk membina
masyarakat Islam
atas dasar kasih sayang dan persaudaraan sejagat.
Marilah kita berusaha dengan apa cara sekali pun, untuk menyelamatkan
umat Islam
daripada terus diperkudakan oleh penganut agama lain. Sentiasalah kita
saling nasihat-menasihati
antara sesama muslim dan menghidupkan kembali fitrah kehambaan kepada
Allah yang telah
lama gersang di hati-hati Muslimin.
“Ya Allah selamatkan umat Islam daripada diselubungi masalah
murtad, tanamkan dan
suburkan di hati-hati kami rasa kehambaan kepada-Mu, agar
kami saling berkasih sayang
dan cinta mencintai antara kami, demi menyelamatkan hak agama kami
daripada terus
dicerobohi....Amiiin.”