dan
 
Apakah kebaikan  lapar dan bagaimana kenyang boleh membawa kepada keburukan? Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Perangilah hawa nafsumu dengan lapar dan haus, kerana sesungguhnya pahala dalam hal itu adalah seperti berperang di jalan Allah. Dan sesungguhnya tiada sebuah amal pun yang lebih dicintai Allah daripada lapar dan haus”.
 Bagi diri kita pula, lapar dan haus itu amat menderitakan. Kehidupan yang mewah menyebabkan kita tidak mahu lapar. Bahkan kalau boleh biarlah setiap masa mulut mengunyah sesuatu. Jika begitulah keadaannya, kita seolah-olah bertuhankan nafsu makan. Hakikatnya, lapar memberikan kita seribu satu kebaikan. Membiarkan perut lapar adalah lebih baik kepada seorang mukmin. Menurut Luqmanul Hakim:  “Apabila perut sudah penuh, akan tidurlah fikiran, akan binasalah kebijaksanaan dan akan malaslah anggota untuk beribadah”

 
Di dalam lapar ada 10 kebaikan dan dalam kenyang ada 10 kemudaratan.
 
LAPAR:  menjernihkan hati, mencerdaskan otak, dan menerangi pengelihatan hati
KENYANG:  menyebabkan kebebalan, membuatkan hati buta
 
LAPAR:  merasai kelazatan berzikir kerana hati lembut dan bercahaya.
KENYANG:  zikirnya hanya dilidah dan hati tidak merasa apa-apa, hatinya tertutup daripada cahaya Allah.
 
LAPAR:  menyebabkan hilang rasa angkuh dan ego. Di saat ini rasa kehambaannya pada Tuhan adalah memuncak, hatinya akan tenang.
KENYANG:   tidak merasa kebesaran Allah, rasa ketuanan akan memenuhi hati.

LAPAR:tidak melupai bala Allah. Orang yang berakala cerdas akan mengingati bala di Akhirat apabila melihat bala di dunia.
KENYANG:menyebabkan seseorang itu lupakan kelaparan dan lupa bala Allah.
 
LAPAR: mematahkan hawa nafsu terhadap segala bentuk maksiat kerana lapar akan melemahkan nafsu.
KENYANG:  mudah mengikut nafsu kerana kekenyangan adalah pintu kepada syaitan untuk masuk ke dalam hati manusia.
 
LAPAR:   kuranglah tidurnya dan mudah untuk bangun
KENYANG:  akan merasa mengantuk kerana gas yang dihasilkan oleh pencernaan  makanan Meruap ke otak . Otak kekurangan oksigen.
 
LAPAR:  mudah untuk mendapat khusyuk dalam ibadah kerana pintu godaan  syaitan  tertutup.
KENYANG:  syaitan makan mengganggu ibadahnya menyebabkan ia tidak dapat menumpukan hatinya pada Allah.
 
LAPAR:  terhindar daripada banyak jenis penyakit kerana kebanyakan penyakit  berpunca daripada kandungan makanan yang dimakan.
KENYANG:  mengundang pelbagai jenis penyakit seperti diebetis, taun dan lain-lain.
 
LAPAR:  menjimatkan perbelanjaan di kala kegawatan ekonomi kerana dapat mengurangkan perbelanjaan terhadap makanan
KENYANG:  sudah tentunya memerlukan perbelanjaan untuk mendapatkan makan bagi tujuan ini sedang negara menghadapi krisis ekonomi yang hebat.
 
LAPAR:menyemai rasa kasih sayang pada insan lain terutama fakir miskin dan anak yatim.
KENYANG:  tidak merasai kesusahan orang lain seterusnya menyebabkan hilang kasih sayang di hatinya.
 

 Saudariku sekalian,  lapar merupakan tali yang mengikat nafsu. Ingatlah bahawa syaitan sentiasa berada dalam diri anak Adam dan berjalan melalui salur darah (arteri dan vena) . Dan saluran itu akan disempitkan untuk syaitan dengan berlapar dan haus. Cubalah menehan diri daripada terlalu banyak makan dan minum dengan cara berpuasa. Bila berbuka berbuka  jangan hentam habis pula.
 Berusahalah untuk membuktikan kasih dan sayang pada diri kita. Kasihilah akal, hati dan badan, agar anggota itu berfungsi dengan baik. Insya Allah kita akan dapat memberi kasihg sayang pada orang lain dan semoga NUR Allah akan menyinari hari-hati kita. Berusaha, berjaya!

In Sya Allah.
 
Created by SaiyaMan