Rahsia Gadis Idaman
Tajuk
Utama


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siti NasihahAssalamu’alaikum....  
Kaifa Haluki ? Apa khabar antie? Diharap semuanya sentiasa berada dibawah naungan rahmat, nikmat, petunjuk dan kasih sayang Allah. Semoga kasih sayang antara kita semakin kukuh dengan ikatan Iman dan Islam. 
Baru-baru ini, Sutera muncul dengan pendekatan barunya. Sungguh tidak di duga, semua majalah habis dijual tidak sampai dua minggu! Ini satu perkembangan yang memberi petanda baik menunjukkan  penerimaan para remaja khususnya wanita terhadap majalah informasi dan ilmiah yang selama ini ketandusan. Syukur alhadulillah. 
Oh ya, bagi mereka yang tidak dapat memiliki dan membaca majalah SUTERA, untuk ruangan AYU kali ini, Siti akan memberi sedikit kesimpulan terhadap topik utama: Gadis Idaman Hati. Kali ini Siti akan bagi rahsia gadis sehingga ia menjadi idaman.... mungkin ada pada anda! 
  1. Gadis idaman  adalah lambang wanita yang memiliki rasa kehambaan yang sejati. Walaupun dianugerahi dengan segala sifat kesempurnaan, namun rasa rendah diri, rasa takut pada Allah, rasa kurang beramal semakin menebal. 
  2. Mereka juga taat kepada setiap perintah Allah tanpa memilih-milih dan meninggalkan apa sahaja yang dilarang olehNya tanpa banyak soal. Ibadah wajib dilakukan dengan teliti, ibadah sunat disertai, perbuatan haram dijauhi bahkan yang makruh tidak didekati. 
3.    Sebagai hamba yang sentiasa menerima kurniaan nikmat, rahmat dan kasih sayang Allah, rasa ksyukuran dan terima kasih pada Allah tidak pernah luput daripada ingatannya. Apabila mendapat nikmat dia mensyukuri, apabila diuji dengan bala dia sentiasa tenang, tidak keluh kesah kerana ujian dan bala adalah tanda kasih sayang Allah pada kita.

4.    Nilai kasih sayang sesama insan sentiasa menjadi pegangan kerana dia merasakan di situlah
terletaknya kebahagiaan hati, dengan ikatan persaudaraan Islam yang kukuh dan jitu. Dengan adanya kasih sayang, maka terhapuskah persengketaan, terjalinlah keamanan dan keharmonian sejagat Justeru itu sebagai seorang gadis remaja Islam, perlu bagi kita untuk memelihara nilai-nilai murni tersebut dan sentiasa berusaha untuk membersihkan diri daripada sifat-sifat tercela seperti sifat mazmumah dan berusaha untuk mengekalkan sifat yang terpuji  

Janganlah kita berasa malu untuk merubah ke arah kebaikan. Jika kita yakini jalan yang dipilih selari dengan panduan Allah, lakukanlah. Hidupkanlah kembali suasana solehah seperti  zaman kegemilangan srikandi Islam dahulu. Walau di zaman mana, di tempat mana kita berada, yang pasti hidup kita sebagai wanita Islam lebih bermakna jika ia didasari dengan ketaatan pada Allah. Biarlah buruk rupa dipandang mata, asalkan indah dan bernilai di sisi Allah dan manusia yang cerah mata hatinya.
Bina imej diri, jadilah seorang gadis yang solehah dan berakhlak kerana jarang terkumpul pada seorang wanita itu sifat cantik, cerdik, setia dan terdidik.
 

SITI NASIHAH: Ingatlah sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr bin Al-’Ass: Dunia itu perhiasan, sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.  -Riwayat Muslim.
 
Siti Nasihah
 
 
Laman ini 
disediakan oleh
 
Saiyaman

[Salam | Lensa | Mimbar | Motivasi | Global | Cerpen | Sketsa | Kisah & Teladan]
[Cahaya | Tuhan | From US | Halwa | Pekerti | Tazkirah | Eksklusif | Kendiri]
[Tokoh | Fiksyen | Eureka & Fakta | Seruling Senja | Renungan]