Remaja dan Cabaran TI Semasa
Oleh : Ustaz Badrul
Tajuk
Utama

Ayu
 
Global
 
Lensa
 
Motivasi
 
Sketsa
 
Tokoh - Imam Hambali
 
Eksklusif - Bersama Yang Arif
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum warahmatullah,  
Adik adik pelajar yang dikasihi? Apa khabar semua?  Semoga Allah sentiasa memelihara kita di bawah naungan rahmat dan kasih sayangNya. Insya Allah. Buat pertama kali Ustaz muncul dalam majalah mini FAJAR  melalui tulisan ini untuk  tatapan semua mudah-mudahan ada sedikit manfaat untuk kita.Insya Allah apa yang dirancangkan itu akan terhasil sekiranya diizinkanNya. Tanpa Dia Yang Maha Kuasa siapalah kita semua.
 
Dalam tulisan ini, Ustaz ingin sembang-sembang dengan adik adik pelajar tentang TI. Maklumlah dunia hari ini terlalu global, negara kita pula memang semakin pesat  dengan kemajuan Teknologi Maklumat. Rasanya agak ketinggalan zaman kalau seseorang itu buta komputer atau tak tahu apa apa tentang dunia komputer.  Tak kira siapa kita, pelajar ke, guru ke, pegawai ke semuanya tidak terkecuali dari arus perdana dunia komputer dan juga dunia hujung jari (internet). 
 
Sememangnya dunia hari semakin canggih namun manusia itu sendiri masih ramai yang belum canggih . Maksud Ustaz ialah tidak ramai di kalangan manusia yang berjaya mencapai tamadun kemanusiaan yang boleh dibanggakan dari segi kerohanian dan jiwanya. Walaupun hidupnya semakin canggih dan hebat, namun jiwanya masih kaya menyimpan sifat-sifat mazmumah dan lupa hakikat diri sendiri sebagai seorang hamba kepada Dia yang Maha Esa. Sifat-sifat kesempurnaan sebagai makhluk yang terbaik tidak digunakan sebaik mungkin bahkan disalahgunakan mengikut nafsu yang jahat atau dorongan syaitan.
 
Kita sememangnya maju dari sudut material, sayangnya roh dan jiwa kita iaitu  hati kita sendiri selalu terputus hubungan dengan Allah. Kita sering lupa kepada Dia yang Maha Penyayang. Sedangkan Dia tak pernah lupakan kita.  Pada masa kini kita lihat kemajuan yang pesat telah berjaya dicapai  melalui ciptaan terbaru dalam dunia teknologi maklumat, sayangnya semua ini tidak mampu nengurangkan kadar jenayah atau  salah laku yang berlaku di mana mana. Betul tak?  Jawablah sendiri.
 

 Adik adik pelajar yang dikasihi,
Apabila manusia masih belum kenal hakikat insaniyyah dirinya yang dilengkapkan dengan akal, nafsu, hati dan roh , bagaimana agaknya dia dapat memanfaatkan dunia TI hari ini  untuk mengembalikan dirinya kepada fitrah sebenar? Contohnya  ada orang yang sangat asyik dengan dunia siber yang dilayarinya dalam mana-mana laman web  hinggakan dia tertinggal solat fardhu yang wajib ditunaikan.  Memang tak dinafikan ada yang ketagih dengan internet hingga ada manusia yang sakit jiwa kerana ketagihan yang keterlaluan.
 

Heh.. heh.. tak ade orang, peluang baik ni..
Orang-orang yang jauh dari pertunjuk Allah akan terus berada dalam kesesatan walaupun dia menyangka bahawa dialah yang mendapat pertunjuk lantaran ketinggian ilmu yang dicapainya.  So, sebagai pelajar Muslim yang belajar pula Sekolah Agama, apa tindakan antum dalam merentasi arus perdana dunia TI masa kini?   Tak dapat tidak kita mesti turut sama mengikutinya sekiranya apa diambil itu sesuatu  yang berfaedah. Kalau kita tak tahu apa-apa, maka bagaimana kita dapat menyebarkan dakwah Islam melalui internet sedangkan pada masa yang sama dunia barat mejadikan internet sebagai medan untuk menghancurkan Islam secara halus. Maklumat yang salah dimasukkan dalam internet. Pelanggan internet yang cetek pengetahuan agamanya akan keliru dalam berlaku salah faham.
 
Kita pernah dikejutkan dengan penemuan surah-surah palsu yang dimasukkan dalam internet. Memang golongan orientalis tak pernah berdiam diri dalam usaha mereka  untuk menghancurkan Islam. Kita juga pernah mendapat berita tentang penambahan rukun iman kepada tujuh perkara (iaitu beriman kepada jin) dalam sekeping CD al Quran yang dijual di pasaran. Apa yang lebih menyedihkan, sekeping  video Cina dalam bentuk CD ditulis atasnya perkataan MUHAMMAD RASULULLAH. Kita ada kuasa untuk merubah situasi yang buruk ini, dengan meneruskan agenda dakwah yang tak pernah ada noktahnya!!

 
Adik adik pelajar,
Cabaran yang ditempuhi agak hebat juga. Di dalam internet, terdapat banyak lawan web yang menampilkan gambar-gambar porno yang tak sepatutnya disebarkan. Begitulah, lumrah kehidupan masyarakat barat yang sudah terlalu rosak. Hal hal yang memalukan tidak lagi menjadi perkara yang dapat disembunyikan. Sedangkan Islam yang indah  mengajar kita supaya bersifat malu dan berakhlak mulia.
 
Perkara sebegini, kalau disalahgunakan akan menyumbang kepada keruntuhan akhlak dan nilai moral sesebuah masyarakat.  InsyaAllah  kalau kita memiliki iman dan taqwa kita akan selamat dan sentiasa dipelihara oleh Allah. Itulah harapan kita.
 
Adakalanya  kita merasa kagum dengan kepakaran manusia yang memprogramkan sesuatu di dalam komputer. Muncul pelbagai perisian yang memudahkan urusan hidup. Wujudnya dunia multimedia yang hebat. Hanya melalui sekeping CD, bermacam maklumat dapat diambil darinya. Sekiranya dirujuk kepada buku mungkin memerlukan berpuluh  buah buku untuk menyimpan maklumat ilmu  yang begitu banyak. Pertama kali, Ustaz membeli CD Al Quran yang mengandungi program  aL Quran lengkap dengan tafsiran ayat, terjemahan, hukum tajwid, perasaan takjub dan kagum menerjah di lubuk hati persis seperti seorang yang pertama kali melihat keindahan istana seorang raja yang belum pernah dimasukinya.
 
Pada masa yang sama, adakah kita merasa kagum dan takjub dengan kehebatan Allah s.w.t. yang membekalkan otak yang kecil manusia, namun pelbagai perkara dapat direka cipta melalui sedikit ilmu dan akal yang dibekalkan??!! Allah yang menciptakan manusia, telah menjadikan otak manusia mampu menyimpan hingga trilion maklumat. Allah menjadikan manusia makhluk yang hidup dengan dibekalkan nyawa. Adakah manusia yang menciptakan komputer dapat memberikan nyawa kepada komputer?? Oh sudah tentu tidak. Adakah komputer mempunyai perasaan seperti manusia (sedih, gembira, takut……. sebagainya??) . Keagungan Allah memang tiada taranya. Namun manusia sering alpa dengan hakikat ini. Sering kali manusia diperdaya oleh syaitan.

 

Adik adik pelajar,
Ketahuilah, kekuatan ilmu semata-mata tidak memungkinkan  manusia mendapat kekuatan iman sekiranya tidak  disertakan hidayah dariNya. Berapa ramai golongan yang berilmu    (termasuk yang memiliki ilmu agama) lalu dipanggil dia orang alim; sayangnya ilmu itu diperalatkannya untuk mencari habuan dunia semata-mata. Walau setinggi mana ilmu yang dicapai hasil perkembangan pesat dunia teknologi maklumat, namun ada perkara-perkara tertentu yang mustahil dapat dikaji oleh manusia.
 
Sebagai contohnya , mampukah Bill Gates dan orang yang sepertinya membuat kajian melalui komputer bilakah dunia akan kiamat? Bolehkah mereka mengkaji tentang azab kubur melalui komputer? Bahkan tentang keluasan alam yang ada di keliling kita pun masih belum ada saintis yang dapat mengetahuinya. Hanya Allah yang Maha Kuasa lebih mengetahuinya kerana Dialah yang menciptakannya. Melalui perkhabaran hadith yang sahih, syurga dan neraka sudah wujud. Mampukah manusia mencarinya di mana seterusnya pergi ke sana dan merakamkan visual syurga dan neraka??!  Kita beriman dengan segala perkara  ghaib yang dikhabarkan melalui Al Quran dan As Sunnah. Sesungguhnya kita manusia makhluk yang serba dhaif.
 
Sebagai kesimpulan dari apa yang Ustaz coretkan,  jangan biarkan  perkembangan TI melalaikan kita tentang  tujuan asal kita dihidupkan di atas muka bumi. Semoga perkembangan dunia TI, meningkatkan rasa kehambaan diri kepada Allah, bahagia dengan mengingati-Nya, tenang dalam apa jua keadaan bahkan semakin taat mematuhi perintahNya. InsyaAllah jumpa lagi. Salam kasih sayang untuk semua.
 
  Ke Atas
 
 
Laman ini
disediakan oleh
 
SaiyaMan

[Ayu | Lensa | Salam | Motivasi | Global | Cerpen | Sketsa | Kisah & Teladan]
[Cahaya | Tuhan | From US | Halwa | Pekerti | Tazkirah | Eksklusif | Kendiri]
[Tokoh | Fiksyen | Eureka & Fakta | Seruling Senja | Renungan]