Cinta Adam dan Hawa
Tajuk
Utama
 

 
Ayu
 
Global
 
Lensa
 
Mimbar bersama Ustaz Badrul
 
Motivasi bersama Dr. ASCA
 
Tokoh - Imam Hanbali
 
Eksklusif bersama Yang Arif
 
 

 
 
 
 
 
 

Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diingini tanpa bersusah- payah. Tempat itu sungguh indah, damai dan menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tinggallah Adam sebatang kara tanpa makhluk sejenisnya kecuali burung-burung yang bertebangan ke sana Sekadar Hiasankemari sambil bersiul-siul mempamerkan kemesraan. Adam cemburu dengan suasana begitu, tetapi siapakah teman untuk diajak berbual. Dia kesepian… tanpa teman dan pekerjaan kecuali bermalas-malasan dan berangin-angin di taman syurga. Apa saja yang ada dalam syurga itu adalah nikmat, tapi apalah erti segalanya kalau hati gelisah dan kesunyian. Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam. Walaupun demikian dia malu untuk mengadu kepada Allah taala. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Melihat apa yang tersembunyi di hati hamba-Nya.
 Tatkala kerinduan dan kinginan yang memuncak untuk mendapatkan teman, tiba-tiba dia rasakan dirinya amat  mengantuk lalu hanyut diulit mimpi. Di saat itulah Allah memerintahkan Jibril mencabut tulang rusuk Adam dari lambung di sebelah kiri. Ibarat orang yang terbius, dia tidak merasakan apa-apa. Dengan itu terciptalah insan kedua yang menghuni Syurga Allah yang terlalu amat indah.
 Hawa duduk bersandar pada  bantal lembut di atas tempat duduk yang bertatahkan emas dan permata yang bernilai. Sambil terpesona dengan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring tak jauh darinya. Butir-butir fikiran yang bergelombang kuat dalam sanubari Hawa bagai arus elektrik yang mengetuk kalbu Adam. Adam terjaga…. Alangkah terkejutnya dia ketika dilihatnya ada makhluk yang sepertinya hanya beberapa langkah darinya.
 

 
 Sekadar HiasanDia mengusap-ngusap mata seolah-olah tidak percaya pada pengelihatannya. Hawa yang dicipta lengkap dengan perasaan malu segera memutarkan badannya sekadar untuk menyembunyikan dirinya yang terdedah seraya melemparkan sekuntum senyuman manis dan manja. Diiringi  lirikan pandangan yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.
Memang Hawa dijadikan dengan rupa bentuk dan rupa paras yang sempurna dihiasi keindahan, kemanisan, kesucian, kasih sayang, keibuan, dan segala sifat yang terpuji. Dia adalah wanita tercantik menghiasi syurga. Kunggulan itulah diwarisi oleh generasinya turun-temurun. Adam pula tidak kurang  gagah dan kacaknya. Tidak terlihat sedikitpun kecacatan pada dirinya kerana dialah manusia pertama yang dicipta Allah secara langsung tanpa sebarang perantaraan.
Semua kecantikan yang ada pada lelaki terhimpun padanya. Adam bangkit dari pembaringannya melihat dengan pandangan, ia sedar orang asing di depannya adalah bukan imiganasi tetapi realiti. Serta-merta Adam membuat andaian, makhluk di hadapannya itu seorang perempuan. Itulah yang diidam-idamkan selama ini. Hatinya gembira, dia tidak lupa untuk bersyukur, bertahmid, memuji Zat Yang Maha Pencipta. Adam terpikat dengan rupa paras Hawa yang jelita bagaikan puteri-puteri di langit dan bidadari-bidadari penghuni Syurga.
 Lalu Allah memasukkan perasaan cinta dan kasih dalam diri Adam dan menjadikannya Sekadar Hiasanorang yang paling dibuai cinta yang tiada taranya di dalam sejarah. Bukan cinta Romeo dan Juliet, bukan juga kasih Laila dan Majnun namun cinta sejati, yang hakiki. Itulah cinta dua insan di dalam Syurga….
 “Wahai si jelita, siapakah engkau, dari mana datangnya dan untuk siapakah engkau di sini”, seru Adam dengan penuh sopan, lembut dan alunan kasih sayang.
 “Aku Hawa…aku dari Pencipta”, sambutnya ramah. Suaranya tersekat-sekat untuk menjawab soalannya yang terakhir.
 “Aku… aku… aku dijadikan untukmu”, dengan tekanan suara yang penuh yakin. Tiada suara yang seindah dan semerdu itu, walaupun berbagai suara merdu dan indah didengari di setiap penjuru Syurga.
 Adam sedar, nikmat itu datang daripada Tuhan dan cinta pun datang dari-Nya. Dia tahu Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Jadi, kalau cintakan kecantikan bererti cinta kepada Tuhan. Jadi, cinta itu bukan satu dosa malah satu pengabdian. Dengan bercinta, makrifat kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa  bererti cintakan Pencipta. Dengan keyakinan yang demikian Adam menjemput Hawa mendekatinya.
 “Aku malu!”, balas Hawa seolah-olah menolak.Tangannya, kepalanya memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh takjub.
"Kalau engkau yang inginkan aku kemarilah!"suaranya bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.
        Tanpa ragu-ragu, dia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa.Maka sejak dari itulah wanita didatangi bukannya mendatangi.  Hawa undur beberapa langkah, dia sedar walaupun dirinya diperuntukan bagi Adam tapi haruslah mempunyai syarat-syarat dan adab-adab tertentu.Sungguhpun begitu dia tidak dapat menyangkal  bahawa ia terpesona dan tertarik kepada Adam. Tatkala sudah dengan Hawa, lalu dia pun menghulurkan tangan sucinya tiba-tiba terdengarlah suara ghaib berseru “Hai Adam.....tahanlah dirimu, pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan nikah.”
  Adam terpegun, balik ke tempatnya dengan taat.Hawa pun mendengar teguran itu denganSekadar Hiasan hati yang tenteram.Kedua-dua manusia syurga itu seolah-olah menuggu perintah.  Allah segera memerintahkan bidadari syurga untuk menghias dan menghiburkan mempelai perempuan itu serta membawakan hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga.  Selesai saja akad nikah yang dilangsungkan oleh Pencipta sendiri, dihantarkan Adam kepada isterinya di istana megah yang akan mereka diami.
 “Mana maharnya ?” Hawa menuntut  haknya.Ia menolak bersentuhan sebelum mahar ditunaikan dahulu.Adam bingung.Ia sedar untuk menerima Hawa ia perlu memberi mahar terlebih dahulu.Itulah kaedah pertama dalam pergaulan hidup untuk keluar dari kebingunganituy.Adam berseru:
  “Ilahi Rabbi, apakah gerangan akan ku berikan kepadanya?      Emaskah, Intankah, Perak atau Permata?”
 “Bukan,” kata Tuhan.
 “Agaknya hamba akan berpuasa atau bersolat atau bertasbih untukMu sebagai maharnya?” tanya Adam dengan penuh harapan.
 “Bukan” tegas suara ghaib.
 Adam diam mententeramkan jiwanya.Dia kemudian bermohon dengan tekun “Kalau begitu tunjukkan kepadaku jalan keluarnya”
Allah berfirman “Mahar Hawa adalah sepuluh kali selawat keatas nabiKu, nabi yang akan
Ku bangkitkan, yang akan membawa penyata sifat-sifatKu, Muhammad, penutup serta penghulu segala nabi.Maka ucaplah sepuluh kali.
 Adam merasa lega .Ia mengucapkan sepuluh kali selawat ke atas  nabi. Hawa  mendengar dan menerimanya sebagai mahar.Dengan itu sahlah mereka berdua sebagai pasangan suami isteri yang bahagia.
 Adam bersyukur lalu menghampiri isterinya dengan ucapan salam.Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih sayang.Adam tidak lagi kesepian di dalam  syurga.
 Inilah percintaan dan pernikahan pertama dalam sejarah kehidupan manusia.Segalanya berlangsung di dalam syurga dengan penuh kenikmatan. Pernikahan mereka dihadiri para bidadari dan jin, disaksikan oleh para  Malaikat  yang mulia dan ditontonkan kepada seluruh isi syurga....

 
 
Laman ini
disediakan
oleh:
 

[Ayu | Lensa | Mimbar | Motivasi | Global | Cerpen | Kisah & Teladan]
[Cahaya | Tuhan | From US | Halwa | Pekerti | Tazkirah | Eksklusif | Kendiri]
[Tokoh | Fiksyen | Eureka & Fakta | Seruling Senja | Renungan]