Pemikiran Luar Biasa
Tajuk
Utama
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamu’alaikum semua!!  
Apa khabar? Semoga semuanya berada di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang Tuhan selalu hendaknya. 
 
Baru baru ni saya terima banyak surat yang tanya tentang peta minda. Sebenarnya ia dalam proses semakan semula. Baru-baru ni komputer saya kena virus ‘MMir.Das_Boot’ yang dahsyat. Semua peta minda tu lesap, terpaksa saya buat balik. Itu sebab lambat sikit tu. Tapi bagi yang bagi alamat lengkap tu jangan bimbang, anda akan menerimanya walaupun lewat sikit!

Tunggu ya! Sabar ya! Maaf ye!  
 
Oh ya, berbalik kita kepada tajuk kita kali ini. Berfikiran Luar Biasa. Bagaimana ya? Sebenarnya dalam kehidupan kita sehari-hari, kita seolah-olah diikat oleh adat dan rutin serta pengalaman yang yang amat terbatas. Cuba kita renung, kita fikir, pemikiran kita sekarang ni masih di takuk lama. Masih tak berubah. Ini kerana kita tak cuba berfikir di luar kebiasaan kita.  Bangsa-bangsa yang maju biasanya mempunyai pemikir yang kreatif dan inovatif.
 
Pemikir-pemikir ini berfikir diluar kehidupan mereka? Saya nak tanya anda, kenapa kalau buat cawan mesti bulat ? Kenapa buat pinggan mesti bulat ? Mengapa tidak boleh tiga segi pentegon atau heksagon? Sebenarnya kita jarang berfikir. Bahkan antara kita yang malas berfikir. Sebab tu kita tak maju sedangkan agama Islam itu tabiatnya maju.  Pernahkah anda terfikir untuk menjadi angkasawan, presiden Malaysia, Perdana Menteri Amerika, Setuausaha Agung PBB atau korporat dunia macam Bill Gate? 
 
Dalam seribu mungkin satu. Mungkin ramai yang nak jadi Perdana Menteri Malaysia tapi bukan Presiden. Ini kerana kita dah letakkan tahap kita bahawa kita tak mampu capai sesuatu yang rasanya tinggi. Atau mungkin kita rasa benda yang boleh berlaku adalah mustahil.  Cuba lihat rajah ni?
'Dengan menggunakan satu garis lurus, bolehkah anda merentasi ketiga-tiga titik itu tanpa mengangkat pen? Mustahil! Tak gitu. Tapi, mengapakah anda tidak terfikir yang kita boleh melakukannya dengan menggunakan pen yang mempunyai mata sebesar lengan contohnya.
 

Ya, benda ni tak mustahil. Cuma paradigma minda yang terikat dengan fikiran kuantitatif menyekat minda anda!  Pemikiran luar kebiasaan menjadikan kita lebih kreatif  dan inovatif. Ini kerana kita bebas untuk melakukan apa sahaja. Ya, lakukanlah apa sahaja yang halal di sisi Allah. Benda halal lebih banyak dari benda haram. Kereta lebih menarik bentuknya jika kita kreatif, nota tak semestinya pakai tulisan dan peta minda. Belajar tak semestinya di meja. Daya kreativiti yang tinggi menjadikan kita maju dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Kita tidak akan takut untuk maju.

 
Oleh itu, kita kena selalu asah pemikiran kita dengan:
  1.  Berfikiran di luar kebiasaan remaja selagi mana ia tidak melanggar batas-batas yang Allah tetapkan.
  2. Cubalah tetapkan cita-cita yang besar dan tinggi.
  3. Berusahalah mencapainya dengan daya yang ada dengan pergantungan kepada Allah. Anda tak akan rugi. Kalau pun rugi di dunia, di akhirat nanti tak sia-sia jika anda betul-betul berusaha kerana Allah.
Bercita-cita menakluk dunia adalah yang terbaik bagi remaja cemerlang seperti anda. Jadi, apa susahnya peperiksaan SPM, PMR, SMU, STU dan STPM sedangkan menakluk dunia jauh lebih susah !!

EDISI DEPAN: Pemikiran Optimis
 
 

TIPS MENINGKATKAN DAYA INGATAN 2  
 
Proses pembacaan yang berteknik.  
Proses pembacaan yang berteknik amat membantu meningkatkan daya ingatan dan boleh mengelakkan berlakunya pertukaran fakta. Berikut adalah ciri-ciri pembacaan berteknik yang betul. 
  • Bacalah Bismillah sebelum memulakan pembacaan agar perbuatan kita mendapat redha Allah. Bila Allah redha, Dia akan bantu kita
  • Membaca sepintas lalu sesuatu tajuk atau membaca pendahuluan/mukaddimah sesuatu buku sebelum memulakan pembacaan secara perincian. 
  • Pemahaman terhadap fakta yang dibaca adalah elemen yang paling penting untuk mengingati fakta dengan cepat dan tahan lama. 
  • Membaca mengikut penyusunan ilmu yang berperingkat daripada yang mudah difahami kepada yang lebih sukar. 
  • Jika ada sesuatu fakta yang kurang difahami, ulangkan bacaan beberapa kali. 
  • Cuba timbulkan rasa thrill dan minat yang mendalam ketika terhadap pembacaan dengan menimbulkan persoalan-persoalan yang berkaitan. 
  • Elakkan daripada melangkau bahan pembacaan walau kesuntukan waktu kerana ia boleh membuatkan anda keliru dengan fakta. 
  • Kalau rasa tidak sempat, bacalah apa yang sempat baca dan faham serta jangan cuba habiskan semua tanpa pemahaman 
  • Jika ada fakta-fakta yang anda selalu bertukar, sila baca dengan baik satu-satu fakta di tempat yang berasingan dan ganjil. 
  • Naiklah atas pagar depan rumah atau bumbung rumah. Yakinlah jika anda berjaya lakukan, anda tak menghadapi masalah. 
  • Sesudah membaca, pergi ke hadapan cermin dan berceramah lah apa yang dibaca seperti seorang penceramah profesional. Secara tidak langsung melatih anda mengeluarkan fakta dan belajar berucap di khalayak ramai dengan baik. 
Selamat Mencuba!!  
TIPS keluaran hadapan (Feel Exite In Learning)
 
Laman ini 
disediakan oleh:
 

[Ayu | Lensa | MimbarSalam | Global | Cerpen | Sketsa | Kisah Teladan]
[Cahaya | Tuhan | From US | Halwa | Pekerti | Tazkirah | Eksklusif | Kendiri ]
[Tokoh | Fiksyen | Eureka & Fakta | Seruling Senja]