IMAM AHMAD BIN MUHAMMAD BIN HANBAL YANG BERSAMBUNG NASABNYA DENGAN Rasulullah
dilahirkan di Baghdad pada bulan Rabiul Awal tahun 164 Hijrah, kita-kira
14 tahun selepas Imam Syafi’ie dilahirkan. Kedua-dua orang tuanya berasal
daripada Iran, kemudian berpindah dan menetap di Kota Baghdad yang pada
ketika itu merupakan pusat pemerintahan dan perkembangan ilmu pengetahuan
Islam yang terkenal. Sepertimana Imam Syafi’ie, beliau dibesarkan
dan diasuh oleh ibunya, kerana ayahnya telah meninggal dunia sewaktu neliau
masih kecil. Beliau mula menumpukan sepenuh perhatian kepada ilmu
Hadis sewaktu berusia 16 tahun. Dari Kufah, Basrah, Syam, Yaman, Makkah
dan Madinah. Di samping belajar beliau juga membuat kerja-kerja untuk menyara
hidup.
Walaupun ingatan beliau kuat, beliau tetap menulis ilmu yang diperolehinya.
Baginya, seburuk-burk catatan lebih baik dari sekuat-kuat ingatan kerana
tulisan boleh diwarisi tetapi ingatan adaalah untuk diri sendiri.
Meskipun telah bergelar ulama besar namun beliau terus menerus belajar.Bila
ditanya sampai bilakah dia akan belajar,dengan spontan dia menjawab”Dari
hujung pena hingga ke liang lahad”.Antara guru -guru beliau yang terkenal:
a. Husyaim Bin Basyir
b. Imam Syafi’i
c. Imam Waqi’
d. Imam Abu Yusuf
al Qadhi
Dalam usia 40 tahun, Imam Hanbali mula mengajar . beliau amat
tegas terhadap orang yang melakukan bida’ah dan kemungkaran sekalipun orang
itudianggap ulama oleh masyarakat.
kerana ketegasannya itu,beliau telah dipenjara dan diseksa oleh Khalifah
Al makmum yang terpengaruh dengan fahaman Muktazilah berpendapat Al Quran
itu adalah baru makhluk Allah .Fahaman ini bertentangan dengan akidah
Ahli Sunnah Wal Jamaah yang meyakini bahawa Al Quran bukan makhluk tetapi
adalah Kalamullah. Walaupun diseksa ,keyakinan beliau tidak sedikitpun
terjejas .Hanya ketika pemerintahan Al Mutawakkil, barulah penyeksaan terhadap
Imam Hanbali dihentikan iaitu setelah 14 tahun beliau di seksa.
Sebenarnya Imam Hanbali telah memperolehi isyarat bahawa beliau akan
mengalami penyekssaan sedemikian rupa. Imam Syafi’i yang merupakan guru
beliau telah bermimpi bertemu Rasulullah . Baginda memberitahu bahawa Imam
Hanbali akan menghadapi ujian yang berat berikutan fitnah yang berlaku
ke atas umat Islam.Tidak hairanlah kenapa beliau begitu tabah dan sanggup
berhadapan dengan ujian berat sedemikian rupa.
Setelah keluar dari penjara, Imam Hanbali terus mengajar walaupun
beliau sering sakit.Tujuh tahun kemudian, iaitu pada 12 Rabiul Awal tahun
1241 Hijrah, beliau meningalkan dunia yang fana ini menuju cintanya, Allah
Yang Maha Esa ketika berusia 77 tahun.
|
[Ayu
| Lensa | Mimbar
]
[ Motivasi
| Global |
Cerpen ]
[ Sketsa
| Kisah
& Teladan]
[Cahaya
| Tuhan | From
US ]
[ Halwa
| Pekerti
| Tazkirah
]
[ Eksklusif
| Kendiri
]
[ Fiksyen
| Eureka
& Fakta ]
[ Seruling
Senja | Renungan]
This page is provided by:
|
|
|