Tajuk
Utama
|
![](scroll2.gif)
|
Assalamu’alaikum semua!!
Apa khabar? Semoga semuanya berada di
bawah limpahan rahmat dan kasih sayang Tuhan selalu hendaknya.
Baru baru ni saya terima banyak surat
yang tanya tentang peta minda. Sebenarnya ia dalam proses semakan semula.
Baru-baru ni komputer saya kena virus ‘MMir.Das_Boot’ yang dahsyat. Semua
peta minda tu lesap, terpaksa saya buat balik. Itu sebab lambat sikit tu.
Tapi bagi yang bagi alamat lengkap tu jangan bimbang, anda akan menerimanya
walaupun lewat sikit!
Tunggu ya!
Sabar ya! Maaf ye!
Oh ya, berbalik kita kepada tajuk kita
kali ini. Berfikiran Luar Biasa. Bagaimana ya? Sebenarnya dalam kehidupan
kita sehari-hari, kita seolah-olah diikat oleh adat dan rutin serta pengalaman
yang yang amat terbatas. Cuba kita renung, kita fikir, pemikiran kita sekarang
ni masih di takuk
lama. Masih tak berubah. Ini kerana kita tak cuba berfikir di luar kebiasaan
kita. Bangsa-bangsa yang maju biasanya mempunyai pemikir yang kreatif
dan inovatif.
Pemikir-pemikir ini berfikir diluar
kehidupan mereka? Saya nak tanya anda, kenapa kalau buat cawan mesti bulat
? Kenapa buat pinggan mesti bulat ? Mengapa tidak boleh tiga segi pentegon
atau heksagon? Sebenarnya kita jarang berfikir. Bahkan antara kita yang
malas berfikir. Sebab tu kita tak maju sedangkan agama Islam itu tabiatnya
maju. Pernahkah anda terfikir untuk menjadi angkasawan, presiden
Malaysia, Perdana Menteri Amerika, Setuausaha Agung PBB atau korporat dunia
macam Bill Gate?
|