Tajuk
Utama
![Eksklusif bersama Yang Arif](xklusif.gif)
|
![](scroll2.gif)
|
“Arah,Dari
mana....Kemana”, album terbaru Rabbani yang menampilkan irama yang lebih
mantap dijangka akan mendapat sambutan yang baik di pasaran.Berdasarkan
mutu suara dan bunyi yang dipersembahkan, album kedua ini menampilkan kualiti
yang amat baik jika dibandingkan dengan album terdahulu.
Album kedua yang dngi
10 buah lagu. Antaranya Doa Pujian, Anak Soleh, Bidadari, Kembara Cinta,
Kebesaran Allah, Subhanallah, Epilog Budi, Adab Sopan, Mensyukuri Nikmat
dan Selawat Nabi. Lagu-lagu yang dijangka hits adalah seperti Doa pujian,
Anak Soleh, Bidadari dan Epilog Budi.Seperti album kumpulan lain, album
ini turut mendapat sentuhan pemuzik terkenal, Steve ‘Hassan’ Thontorn.
Ternyata sentuhannya dalam album ini memantapkan lagi kualiti album seterusnya
meningkatkan lagi mutu album nasyid tempatan.
“Arah, Dari mana....Kemana”
mempunyai mesej yang tersendiri yang ingin disampaikan. Ia mengajak kita
menyusuri sendiri kehidupan kita sebagai hamba seterusnya mengajak kita
menyedari tujuan kita dihidupkan dan kemana kita akan pergi selepas alam
ini. Daripada album kulitnya yang unik itu juga mengandungi pengertian
yang mendalam.
Kompas
melambangkan arah tujuan melalui petunjuknya. Barangsiapa yang tiada panduan
dalam perjalanan pasti akan tersesat jalan. Begitulah juga kehidupan yang
kita tempuhi sekarang ini, jika tiada arah tujuan yang berpandukan apa
yang dibawa oleh junjungan besar kita, nescaya arah yang dicari tidak akan
ditemui. Sesungguhnya... Arah kita “Cinta yang teratas adalah
cinta antara makhluk dengan pencipta”.
|