Tajuk
Utama
|
![](scroll2.gif)
|
Assalamualaikum warahmatullah,
Adik adik pelajar yang
dikasihi? Apa khabar semua? Semoga Allah sentiasa memelihara kita
di bawah naungan rahmat dan kasih sayangNya. Insya Allah. Buat pertama
kali Ustaz muncul dalam majalah mini FAJAR melalui tulisan ini untuk
tatapan semua mudah-mudahan ada sedikit manfaat untuk kita.Insya Allah
apa yang dirancangkan itu akan terhasil sekiranya diizinkanNya. Tanpa Dia
Yang Maha Kuasa siapalah kita semua.
Dalam tulisan ini, Ustaz
ingin sembang-sembang dengan adik adik pelajar tentang TI. Maklumlah dunia
hari ini terlalu global, negara kita pula memang semakin pesat dengan
kemajuan Teknologi Maklumat. Rasanya agak ketinggalan zaman kalau seseorang
itu buta komputer atau tak tahu apa apa tentang dunia komputer. Tak
kira siapa kita, pelajar ke, guru ke, pegawai ke semuanya tidak terkecuali
dari arus perdana dunia komputer dan juga dunia hujung jari (internet).
Sememangnya dunia hari
semakin canggih namun manusia itu sendiri masih ramai yang belum canggih
. Maksud Ustaz ialah tidak ramai di kalangan manusia yang berjaya mencapai
tamadun kemanusiaan yang boleh dibanggakan dari segi kerohanian dan jiwanya.
Walaupun hidupnya semakin canggih dan hebat, namun jiwanya masih kaya menyimpan
sifat-sifat mazmumah dan lupa hakikat diri sendiri sebagai seorang hamba
kepada Dia yang Maha Esa. Sifat-sifat kesempurnaan sebagai makhluk yang
terbaik tidak digunakan sebaik mungkin bahkan disalahgunakan mengikut nafsu
yang jahat atau dorongan syaitan.
|