Tajuk
Utama
|
![](scroll2.gif)
|
Sejak di dunia lagi kita difitrahkan untuk faham; orang yang tidak mahu
akur dengan arahan akan dikenakan hukuman. Hakikat ini semua manusia mengakuinya.
Oleh itu, tidak peliklah bagi Allah untuk memberi hukuman terhadap mereka
yang ingkar dan tidak mahu mematuhi syariatnya.
Firman Allah:
“Dan sebaliknya orang-orang yang fasik (yang derhaka pada perintah-Nya),
maka tempat kediaman mereka ialah neraka; tiap-tiap kali mereka hendak
keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan
kepada mereka: "Rasalah azab neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di
dunia dahulu".”
Allah juga menyedia azab yang amat pedih bagi mereka yang tidak pandai
berterima kasih yakni bersyukur atas nikmat-Nya. Setelah Allah mengurniakan
ikita nikmat hidup, makanan, minuman, sistem penghidupan, bebas dari peperangan
dan bencana alam. Bahkan didatangkan pula kepada petunjuk-Nya, diberikan
kepada kita peraturan yang mesti kita ikuti dan larangan yang wajib dijauhi,
dikurniakan akal untuk berfikir, dilengkapkan pula dengan nafsu dan perasaan,
dilimpahi dengan bermacam-macam kemewahan hidup, maka layaklah bagi Allah
untuk menghukum kita jika kita tidak bersyukur pada-Nya.
Azab-Nya diakhirat tidak dapat dibayangkan. Kepanasan azab neraka pastinya
tidak tertanggung. Bahkan di kubur lagi pelbagai azab menanti kita. Jika
kita masih lalai daripada sembahyang, meninggalkan Al Quran dalam kehidupan,
masih belum kenal hakikat diri, masih enggan menutup aurat, masih sentiasa
lupakan Tuhan.... tunggulah azab-Nya yang terlalu amat pedih!! Ya Allah,
sesungguhnya kami tidak layak untuk ke Syurga, kami tidak pula kuat untuk
menanggung azabMu, maka ampunilah kami, kurniakanlah kami petunjukMu, rahmat
dan kasih sayang-Mu... agar kami menjadi hamba yang pandai bersyukur!
|