|
![](scroll2.gif) |
Ledakan kemajuan teknologi informasi
(TI) yang melanda negara sudah mula memuncak. Dengan adanya MSC, Internet,
JARING dan TMnet, kita merasakan seolah-olah dunia semakin sempit. Ya,
inilah hakikatnya.
Dari Amerika ke Jepun, dari Kanada ke
Australia, segala maklumat, berita dapat diterima dalam beberapa mili-saat.
Sekarang, kita dapat bersemuka dengan rakan kita yang berada walau di seluruh
pelosok dunia hanya bertabirkan skrin.
Hakikat ini sebenarnya telah diperjelaskan
oleh Allah melalui sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Amr bin Taghlib
:
“Sesungguhnya setengah daripada tanda-tanda
kiamat ialah harta-harta tersebar dan melimpah ruah, perniagaan menjadi
lumrah, ilmu (sains) akan muncul dan seorang lelaki korporat berkata: “Tunggu
dulu sehingga aku berbincang dengan si fulan peniaga di tempat lain”.
- Riwayat An-Nasa’i
|